Takrif, persetujuan dan kegunaan
unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini. Sistem-
sistem ukuran yang berbeza sama sekali amat biasa pada suatu ketika, tetapi kini terdapat satu piawai sejagat, iaitu
Sistem Unit Antarabangsa (SI), yang merupakan bentuk
sistem metrik yang moden yang telah atau sedang
diiterima guna di seluruh dunia.
Amerika Syarikat hampir pasti merupakan negara yang terakhir untuk menerima guna sistem ini, walaupun sistem ini semakin digunakan di sana.Dalam
perdagangan,
timbang dan ukur seringnya dikawal oleh peraturan kerajaan untuk memastikan keadilan dan gambaran.
Bureau international des poids et mesures (BIPM) telah ditugaskan untuk memastikan keseragaman ukuran-ukuran di seluruh dunia serta kebolehkesanan kepada Sistem Unit Antarabangsa (SI).
Metrologi ialah sains untuk mengembangkan timbang dan ukur negara, serta timbang dan ukur antarabangsa yang boleh diterima.Dalam bidang-bidang
fizik dan
metrologi, unit-unit merupakan piawai-piawai untuk mengukur
kuantiti fizikal dan yang perlu diberikan takrif yang jelas supaya berguna.
Kebolehulangan ujian merupakan pokok
kaedah saintifik dan oleh itu, satu sistem unit yang piawai dapat memudahkan pelaksanaan ini. Sistem-sistem unit saintifik merupakan perbaikan konsep timbang dan ukur yang dikembangkan untuk tujuan
perdagangan sejak lama dahulu.
Sains,
perubatan, dan
kejuruteraan sering kali menggunakan unit-unit ukuran yang lebih besar atau lebih kecil daripada unit-unit yang digunakan dalam kehidupan seharian dan merujuk kepada unit-unit mereka dengan lebih tepat. Pemilihan unit-unit ukuran yang bijak boleh membantu para penyelidik dalam
penyelesaian masalah (sila lihat, umpamanya
analisis dimensi).